Servis Jahit Pukal
Pakaian Lelaki untuk Syarikat & Usahawan
Kami menyediakan perkhidmatan jahitan pakaian lelaki secara pukal untuk pelbagai kategori pakaian, daripada pakaian kasual hingga pakaian kerja dan pakaian fungsi khas. Sesuai untuk usahawan clothing brand, syarikat, organisasi, butik, online seller, dan mereka yang mahu keluarkan produk lelaki dengan jahitan yang kemas dan lebih tersusun.
Kemeja
Sama ada untuk pakaian kerja, korporat atau uniform, kami boleh hasilkan pelbagai jenis kemeja mengikut design anda, termasuk potongan regular fit, slim fit, dan rekaan yang lebih santai atau formal.
Workshirt
Workshirt sesuai untuk kegunaan syarikat, pasukan kerja, event, teknikal, logistik, atau operasi lapangan. Rekaan workshirt biasanya menekankan ketahanan, keselesaan, dan imej yang kemas.
Baju Melayu
Baju Melayu dengan pelbagai pilihan potongan, kain dan kemasan mengikut identiti brand atau organisasi anda. Sesuai untuk koleksi Raya, uniform acara dan juga pengeluaran jenama pakaian sendiri.
Kurta
Kurta dengan rekaan moden dan gaya kasual harian. Setiap tempahan boleh disesuaikan dari segi kain, sizing dan finishing untuk memastikan produk nampak premium dan konsisten.
Seluar
Pelbagai jenis seluar lelaki untuk kegunaan harian, kerja atau uniform. Sama ada anda potongan ringkas, lebih formal kami boleh bantu hasilkan mengikut spesifikasi yang diperlukan.
Pakaian Taktikal
Pakaian taktikal untuk kegunaan komuniti outdoor, aktiviti lapangan, atau organisasi yang memerlukan pakaian fungsi khusus dengan material tahan lasak.