Tempahan Jahit Pukal
Pakaian Wanita untuk Butik & Bisnes Online
Kami menyediakan perkhidmatan jahit pukal pakaian wanita untuk pelbagai jenis rekaan, dari design kasual hingga koleksi moden dan tradisional. Sesuai untuk usahawan clothing brand, butik dan online seller.
Dengan pengalaman dalam penghasilan pakaian secara pukal, kami membantu anda dari peringkat sampel hingga produksi, supaya proses lebih tersusun dan hasil lebih berkualiti.
Dengan pengalaman dalam penghasilan pakaian secara pukal, kami membantu anda dari peringkat sampel hingga produksi, supaya proses lebih tersusun dan hasil lebih berkualiti.
Jubah
Jubah merupakan antara pilihan paling popular untuk koleksi harian, casual wear, dan premium Muslimah. Kami boleh hasilkan jubah pelbagai cutting, termasuk loose cut, A-cut, umbrella cut, dan moden kontemporari mengikut design jenama anda.
Blouse
Blouse wanita sentiasa mendapat permintaan tinggi kerana mudah digayakan untuk harian, kerja, dan semi-formal. Kami boleh jahit blouse pelbagai design seperti loose blouse, peplum, basic top, dan blouse moden mengikut spesifikasi anda.
Baju Kurung
Baju kurung kekal menjadi antara produk paling laris, terutama untuk koleksi raya, event, dan pakaian tradisional moden. Kami menerima tempahan jahit pukal baju kurung moden, baju kurung basic, dan variasi cutting mengikut trend semasa.
Dress
Kami menerima tempahan pukal untuk dress wanita dalam pelbagai gaya seperti casual dress, maxi dress, midi dress, loose dress, dan dress moden. Sesuai untuk brand yang fokus pada fesyen santai, elegant, atau ready-to-wear.
Kaftan
Kaftan sering menjadi pilihan untuk koleksi Muslimah, resort wear, dan pakaian santai elegan. Kami menerima tempahan kaftan dalam pelbagai rekaan, termasuk potongan longgar, flowy, dan premium look.
Telekung
Kami turut menerima tempahan pukal telekung untuk jualan online, butik, atau koleksi jenama sendiri. Boleh dibuat mengikut material, potongan, dan kemasan yang anda perlukan.
Tudung
Kami menerima tempahan tudung secara pukal. Sesuai untuk brand yang mahu keluarkan koleksi shawl, tudung bawal, atau tudung instant dengan identiti sendiri.
Skirt & Palazzo
Skirt dan palazzo adalah item versatile yang sesuai dipadankan dengan pelbagai gaya. Kami boleh hasilkan design basic hingga moden dengan fokus pada keselesaan, cutting kemas, dan jahitan yang konsisten.
Pijama
Pijama wanita sangat sesuai untuk sleepwear dan loungewear. Kami boleh bantu hasilkan set pijama yang selesa, kemas, dan sesuai untuk koleksi santai atau premium homewear.