Tentang Kami
Tentang Kilang Jahit Pukal
Kilang Jahit Pukal ialah platform khusus untuk usahawan, butik dan brand yang mahu menghasilkan pakaian secara pukal di Indonesia dengan proses yang lebih jelas, kemas dan mudah diurus dari Malaysia.
Servis ini dibangunkan oleh pasukan di belakang Eraine Clothing, sebuah pengeluar pakaian custom yang mula beroperasi sejak tahun 2010.
Asal Usul Eraine Clothing
Eraine Clothing bermula pada tahun 2010 di Banting, Selangor, Malaysia sebagai perniagaan pakaian custom berskala kecil. Dari situ, operasi kami berkembang sedikit demi sedikit dan mula menerima lebih banyak tempahan melibatkan jaket, uniform dan apparel custom.
Selepas tempoh pandemik Covid-19, operasi utama kami dipindahkan ke Indonesia. Langkah ini membolehkan kami mendapat akses yang lebih baik kepada sumber fabrik, tenaga kerja yang lebih besar serta kapasiti pengeluaran yang lebih sesuai untuk tempahan pakaian secara pukal.
Operasi Kami Hari Ini
Hari ini, operasi produksi kami berpangkalan di Indonesia dan menerima tempahan daripada pelanggan di Malaysia, Singapura serta pasaran lain mengikut keperluan.
Walaupun banyak pelanggan kami datang dari Malaysia, proses pengeluaran dibuat terus di Indonesia supaya tempahan dapat diurus dengan lebih tersusun dari sudut sourcing kain, penyediaan sample, produksi dan kawalan kualiti.
Kenapa Kilang Jahit Pukal Dibangunkan
Kilangjahitpukal.com dibangunkan sebagai platform yang lebih fokus untuk pelanggan yang mahu menghasilkan pakaian secara pukal, terutamanya bagi tujuan OEM, private label dan pengeluaran brand sendiri.
Berbeza dengan Eraine Clothing yang lebih dikenali untuk pakaian custom tertentu seperti jaket dan apparel khas, platform ini memberi tumpuan kepada pengeluaran pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak secara pukal.
Siapa Yang Sesuai Menggunakan Servis Ini
Usahawan Brand Baru
Sesuai untuk usahawan yang mahu memulakan brand pakaian sendiri dan perlukan pengeluaran secara pukal yang lebih tersusun.
Butik & Team Bisnes
Sesuai untuk butik atau team bisnes yang mahu keluarkan koleksi sendiri dengan lebih kemas dari segi spesifikasi, sample dan produksi.
Syarikat & Organisasi
Sesuai untuk syarikat, organisasi atau pihak yang memerlukan pakaian tertentu secara pukal mengikut spesifikasi dan keperluan penggunaan.
Cara Kami Bekerja
Kami percaya tempahan pakaian pukal perlu diurus dengan cara yang jelas dan profesional. Sebab itu setiap tempahan akan melalui proses yang lebih tersusun, bermula daripada semakan keperluan, spesifikasi pakaian, pilihan material, penyediaan sample jika perlu, sehinggalah ke peringkat produksi dan penghantaran.
Pendekatan ini membantu mengurangkan risiko salah faham, memudahkan semakan sebelum produksi dan memberi lebih keyakinan kepada pelanggan yang mahu membina brand pakaian mereka sendiri.
Nak Bincang Tentang Tempahan Jahit Pukal?
Hantar idea, design atau keperluan anda melalui WhatsApp untuk semakan awal. Kami akan bantu cadangkan langkah seterusnya mengikut jenis pakaian dan keperluan tempahan anda.